Jimat Bil Elektrik Cara Kedekut

Ramai orang skeptik kalau pasang aircond kat rumah bil elektrik meletup. Kalau pasang aircond memang bil elektrik akan naik tapi kalau dengan cara yang betul dan kedekut bil elektrik kat rumah tu boleh dijimatkan. Aircond zaman sekarang ni dah jadi suatu keperluan dan bukan lagi sebagai lambang kekayaan. Pasang aircond bermaksud seseorang tu kaya dah tak boleh pakai lagi. Sebab kita negara iklim panas, orang tua mungkin boleh tahan tapi kalau ada anak-anak kecik boleh naik ruam kalau cuaca panas sangat. 

Aku kat rumah ada pakai sebiji aircond dah lebih kurang 5 tahun pakai. Masa aku aku pasang tu benda pertama aku dok fikir bil elektrik meletup. Jadi aku beli aircond jenama york 1.5 hp inverter. Nak beli aircond ni pun ada cara dia. bukan apa korang kena tau tempat yang sesuai yang nak letak aircond. Macam aku punya plan nak letak kat ruang tamu je. Jadi aku buat la kira-kira skit saiz ruang tamu. Bila dah dapat saiz baru boleh kira berapa BTU unit yang perlu untuk ruang nak pasang aircond tu. 


ni contoh korang boleh kira sendiri kat sini

Bila dah dapat jumlah baru kita boleh tau berapa horse power yang kita nak pakai. Jadi rujuk rajah kat bawah ni. 

credit mr aircon

Jelaskan? kalau bilik perlukan 12000 btu maknanya kena pasang aircond 1.5hp. Sebabnya kita tak mahu aircond yang kita pasang bekerja terlalu keras untuk menyejukkan bilik kalau salah pilih. Kalau salah pilih ini lah antara penyumbang besar bil elektrik meletup!!!

Ni bil elektrik rumah aku

Nampak tak bulan dec,jan,feb, dan bulan mac macam orang tak pasang aircond kan? hakikatnya aku on aircond tanpa gagal bermula 9 malam sampai 5 pagi(auto timer).  Apa jadi bulan april dengan may? aku tak boleh tahan ni musim panas jadi aircond lepas pukul 5 pagi aku sambung sampai tengahari pulak :) 

Macam mana nak dapat bil elektrik macam kat atas tu. ni cara dia

  1. setting aircond fan maximum lepas tu set temperature 27 C. 
  2. pasang langsir supaya rasa sejuk tu tak lepas keluar 
  3. aircond tak perlu setting swing on, set swing off je halakan ke tempat ko tido. macam aku dengan bini dan anak-anak tido kat hall jadi aku halakan ke bawah straight ke tempat aku anak beranak tido. 
Tu dia, tapi investment kena lebih skit sebab aircond inverter ni mahal skit dari biasa. Kalau ko dengar orang cakap jangan buang duit pakai inverter ko tampar je muka dia. Sebab ada sorang tukang pasang aircond ni dia cakap dengan aku aircond inverter ni jimat kalau pasang lebih dari 8 jam. ITU SEMUA TIDAK BENAR!!!! Kalau ko faham gerak kerja aircond inverter dengan non-inverter ko mesti akan pilih inverter berbanding non-inverter. 

Kalau duit lebih skit pasang lah aircond untuk keselesaan anak beranak :) 

nota kaki kanan : lepas 4 tahun pasang aircond aku tak pernah servis. jadi bila aircond dah tak rasa apa aku panggil orang servis. si polan ni tanya bila last servis, aku cakap tak pernah servis sejak beli. dia pun buat kerja servis dekat sejam juga bila dah siap dia on aircond untuk testing. dia pun panggil aku untuk rasa aircond, memang sejuk ko. sambil dia tekan2 remote aircond dia cakap "nanti lagi 4 tahun abg panggil la saya servis lagi" aku pun pandang dia sambil dalam hati kata "barua kasut punya orang". 






Comments