Tips Hidup Bersama Lepas Kahwin

Berkahwin ni tuntutan agama sebab apabila berkahwin maka sempurnalah separuh daripada agama. Tapi ramai salah sangka kahwin ni susah tapi sebenarnya silap. Hal urusan nikah kahwin senang ya amat tapi yang susah ya amat hidup lepas kahwin. Ramai pasangan muda baru berkahwin bercerai berpunca daripada masalah kewangan. Ya $$$ memang boleh buatkan pasangan bercerai walaupun nampak macam hal remeh temeh.

Aku pulak seorang yang suka sediakan payungnya dulu sebelum hujannya turun erni. Ada banyak pengalaman aku kutip sepanjang 9 tahun berumahtangga. Memang $$$ boleh menganggu gugat kehidupan berharmoni rumah tangga. Masa aku pegi mintak pengesahan daripada jurunikah tempatan ada beberapa tips kebahagian rumah tangga yang ustaz tu bagi walaupun ianya nampak konservertif tapi ianya realistik.

  • jangan makan-makan
  • jangan jalan-jalan
  • jangan keluar-keluar 
Faham? mudah je lepas kahwin kurangkan makan kat luar, kurangkan berjalan-jalan, dan kurangkan lepak-lepak dengan member. Follow je langkah-langkah tu InsyaAllah selamat. 

Tahun pertama kahwin kalau tak mampu sewalah rumah dan jangan tinggal dengan mertua atau ibubapa sendiri. Sebelum kahwin mak aku dah pesan lepas kahwin kena keluar, mak aku cakap bukan sebab benci atau tak suka, tapi sebab sayang. Carilah rumah yang kena dengan bajet dan gaji. Jangan terpengaruh lah dengan gambar-gambar kat internet pasangan-pasangan yang ada rumah mewah. Sewa untuk sementara cari harga yang paling rendah kalau boleh bawah RM500. Sambil-sambil tu carilah rumah sendiri. LPHS ada jual rumah-rumah kos rendah (flat) pada harga 42k. Pergi sana ambil borang dan isi. Rumah-rumah flat kos rendah ni memang untuk pasangan yang dah berumah tangga. Aku bagitau ni sebab aku sendiri duduk rumah flat. Kalau ko pinjam RM37,800(lepas tolak 10%) bulanan rumah ko tu cuma RM 2++ tambah maintenance RM50 jadi tiap-tiap bulan lebih kurang RM 300.  Jimat!




Bab rumah settle. Masuk bab kereta. Impian nak pakai kereta-kereta honda ke toyota tu ko tolak tepi dulu. Masa aku kahwin dulu aku beli kereta saga 1.3 warna hitam yang orang dok panggil kereta kebal. Ada kata-kata sinis comelnya kereta ko dan macam-macam lagi. Biarkan sebab bukan diorang yang bayar. Ko ingat diorang yang pakai honda toyota ni banyak duit ke? hutang keliling pinggang ko tau. Aku beli kereta baru, elakkan beli second sebab tak untung mana pun. Kos repair lebih mahal dari bayaran bulanan dan jangan ambik kereta sambung bayar sebab ko akan menganiaya tuan punya kereta tu kalau ko tak tepati janji ko untuk bayar secara tetap kepada bank. Installment kereta saga kebal aku RM 371.00. Lagi satu perkara penting nak kena ingat bila nak beli apa-apa siapkan deposit jangan beli tanpa deposit.Walau beza dengan deposit dan tanpa deposit tu cuma RM100, ko akan rasa perbezaan nya bila hujung bulan nanti. Untung ko beli kereta baru, biar murah, biar kecil, Insya Allah dalam tempoh 5 tahun pertama dia takkan bagi masalah besar bagi ko. Ko jaga je maintenance dia. 




Kalau nak save bajet ko beli la motorsikal satu. Buat ulang-alik gi keje laki bini. Jimat kos pengangkutan dan senang nak bajet masa. Buat bajet belanja satu hari dalam RM 15-20 je sehari. Jadi rata-rata dalam sebulan ko perlukan RM 600 untuk belanja makan dan pegi keje. Tak perlu nak makan fancy-fancy sangat cukup rasa kenyang sudah. Kalau boleh kurangkan lagi, lagi bagus. Baru kahwin kat rumah memang tak makan sangat tapi kena ada peruntukan untuk dapur. Aku biasa pegi shopping bajet RM 200 dan sampai sekarang lebih kurang tu jugak bajet aku. 



Bil-bil pun aku punya tak banyak, Elektrik dalam RM 70-80 sebab aku pakai aircond, Astro aku pakai basic Family channel, nanti lepas keluar channel digital free tu aku nak terminate Astro. Air tak payah bayar sebab insentif kerajaan 20m3 tu tak pernah lebih pun, jadi air free je tiap-tiap bulan. 

Jadi overall belanja aku dan family aku. 

Kereta  : 371.00
Rumah : 241.00 + maintenance RM 50 = 291.00
Dapur   : RM 200. 00 
Astro    : 43.25
Elektrik : 90.00

Total  : RM 995.25 

Katalah gaji aku 1500 bersih dan bini aku pun lebih kurang tu jugak jadi maknanya pendapatan isi rumah aku ialah RM 3000.00. Daripada total RM 995.25 tu ko bahagikan 2 jadi kongsi laki bini bayar 500 sorang. Masih berbaki RM 2000 lagi. Dengan baki yang ada tu belanja lah secara berhemah dan buat tabungan dalam ASB. ASB ni memang sangat-sangat berguna dikala dah ada anak nanti. Tahun 2016 anak aku yang sulung masuk sekolah darjah 1 untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Masa aku beratur beli buku kat sekolah kebangsaan dengan sekolah agama aku dengar mak bapak berkeluh kesah duit banyak pakai anak nak masuk sekolah. Aku sengih je sebab aku beli buku-buku anak guna duit dividen ASB tak usik gaji aku pun. 

Daripada baki RM 2000 tu selepas berhempas pulas berjaya simpan sebulan 500 dalam ASB. 

Katakan lah (andaikata asb 7%) 

TH 1 = 500 x 12 = 6000 
TH 2 = 6000 + 6000 + Dividen(840)  = RM 12840.00
TH 3 = 12480 + 6000 + Dividen(1293.6)  = RM 19773.00
TH 4 = 19773 + 6000 + Dividen(1804)  = RM 27557.00
TH 5 = 27557 + 6000 + Dividen(1972)  = RM 35529.00
TH 6 = 35529 + 6000 + Dividen(2907)  = RM 44436.00
TH 7 = 44436 + 6000 + Dividen(3530)  = RM 53966.00

Tahun ke - 7 anak masuk sekolah dan dapat dividen 7% RM 3530.00 gunakan buat belanja anak masuk sekolah. Selebihnya bila anak cuti penggal, bawak la pergi berjalan-jalan.

One Happy Family!

Comments