Minggu lepas aku bawak family pegi mesyuarat koperasi sedar. Tak pernah-pernah buat mesyuarat hari sabtu, kali ni buat hari sabtu. Mesyuarat habis dalam pukul 1 tghari. Bedal makan tghari terus pegi lumut check in Blue Bay Resort Lumut.
Hotel ni nampak usang mungkin sebab aspek penjagaan tu tak dititik beratkan. Tapi bila masuk bilik not bad juga. Tujuan aku sebenar nak bawak budak-budak mandi kolam renang. Dengan rate RM95 semalam, aku book 3 bilik.
Ada beberapa perkara aku nak point up pasal hotel ni, lokasi memang dekat dengan lumut waterfront. walking distance dalam 5 minit je. Depan hotel ada warong untuk breakfast seberang jalan je jadi tak perlulah nak start kereta pergi jejauh. Seberang jalan jugak ada kedai hasil laut kalau nak makan satay obor2 dgn ikan bilis pergi situ jer.
Bagi pendapat aku bilik kat blue bay memang kemas cuma bangunan je uzur. Tapi untuk RM95 weekend punya rate ko bedal je la labu. Anyway aku hepi bebudak pun hepi sebab dapat main kolam sampai lebam. Just another short vacay to remember huhu.
nota kaki : percutian ni sepenuhnya ditanggung dengan elaun kehadiran + dividen koperasi. Suka la ye tak semua kena support
Comments
Post a Comment