Ramai cakap beli emas jauh lebih menguntungkan daripada ASB. Betul ke? Bagi aku tu tak lebih daripada 1 retorik yang jelas membohong dan tak berasas. Pertama sekali kita kena faham macam mana emas boleh menguntungkan penyimpannya. Katakanlah masa beli 1 gram emas harganya RM 134.00 ringgit pada bulan januari dan pada bulan mei emas naik harga sehingga RM 155.00 dan untung RM 21.00 bagi setiap gram yang kita ada. Selepas dah jual apa kebarangkalian untuk beli semula emas? jawapannya memang takkan beli.
Kenapa? mudah je jawapannya takkan nak beli dengan harga yang tinggi. Jangan dengar cakap-cakap dealer yang kata emas boleh beli bila-bila masa. Kalau termakan kata-kata mereka ni anda akan rugi masa jika beli pada harga tinggi. Kalau nak tunggu harga emas jatuh pada harga yang rendah memakan masa yang lama sebab emas takkan naik dan turun mendadak dalam masa yang singkat.
ASB pulak skim pelaburan pasif yang menjanjikan keuntungan berdasarkan kepada performance dan saling berkait rapat dengan pergerakan ekonomi negara. Ianya pelaburan mudah tanpa perlu susah payah nak buat technical analysis bagai sebab ada orang lain yang akan buatkan untuk korang. Letak duit dan tunggu tempoh 1 tahun dan ambil untung ataupun compound ASB korang supaya dapat dividen lebih banyak tahun depan.
ASB lagi mudah nak faham tiada harga naik dan tiada harga turun. Bermaksud kalau beli RM 1 apabila jual nanti pun RM 1. Mudahkan? Kalau beli emas boleh buat macam ni? Gerenti tak boleh. Kerat jari!
Secara ringkas
ASB Beli dan boleh bawa keluar dengan tiada spread. Masuk RM 1 jual dapat balik RM1
Emas beli harga murah jual harga mahal dan dapat untung tapi tak boleh melabur sehingga harga emas turun ke paras yang rendah. Beli ada spread jual pun ada spread.
Jadilah orang bijak dalam membuat penilaian.
Comments
Post a Comment