Hari-hari ada je yang promote emas powergold dalam facebook. Ramai yang beli nak buat asset. Tapi betul ke itu tindakan yang tepat? Bukan nak pertikaikan sesiapa tapi sebagai pembeli / investor / penyimpan emas rasanya perkara yang paling utama untuk membeli emas ini mestilah bergantung kepada harga pasaran emas itu dahulu.
Kalau beli pada harga yang mahal macam mana nak dapatkan keuntungan? Siapa yang melabur tapi tidak mahukan keuntungan dari pelaburan? Cuba tengok harga emas powergold kat bawah ni.
Kalau beli pada harga yang mahal macam mana nak dapatkan keuntungan? Siapa yang melabur tapi tidak mahukan keuntungan dari pelaburan? Cuba tengok harga emas powergold kat bawah ni.
Beli 1g emas dengan harga RM 206 dan kalau harga ahli RM 186. Bila masa pembeli-pembeli emas boleh mula merasa untung dari pelaburan emas kalau beli dengan powergold?
Sekarang kita tengok harga akaun pelaburan emas maybank. Nampak tak perbezaan harga antara 1gram emas maybank dengan 1 gram emas powergold. Nanti ada yang kata akaun simpanan emas maybank ni tidak patuh syariah tapi kalau lihat dari harga emas yang dijual dengan tidak mengikut harga pasaran emas semasa adakah patuh syariah?
Kalau ikut pengalaman aku yang masih mentah dalam pelaburan emas ni waktu yang paling sesuai untuk membeli ialah pada harga yang paling rendah dan jual kembali pada harga yang paling tinggi atau bak pepatah trader zaman sekarang ni "jual dipucuk beli di akar". Pergerakan harga emas dipengaruhi keadaan semasa, ekonomi dan juga spekulasi. Harga hari ini tidak sama dengan harga keesokannnya mana mungkin emas boleh dijual dengan harga flat price!
"Jadilah pelabur yang bijak laksana"


Comments
Post a Comment