Teknik ASB

Baru-baru ni aku ada terbaca pasal teknik-teknik untuk dapatkan keuntungan besar dari ASB dengan modal yang kecil. Kecil bagi yang kaya dan banyak duit tapi besar bagi yang takde duit. Teknik yang dibincangkan memang menarik.

Dengan bermodalkan 14k untuk bayar loan ASB 200k bagi tahun pertama sahaja dan bagi tahun yg berikutnya dibayar guna dividen asb. Puas jugak aku merenungkan teknik adakah betul-betul full proof?

Tahun 1 = bayar guna duit sendiri
Tahun 2 = bayar guna dividen
Tahun 3 = bayar guna dividen
Tahun 4 = bayar guna dividen
Tahun 5 = bayar guna dividen

Tahun 6 tamatkan kontrak dan beli kereta baru cash.

Yang atas tu cuma rekaan dan khayalan aku je. Realitinya kalau ikut performance ASB tahun 2015 iaitu 7% daripada 200k ialah 14k. Cantik! memang cukup nak serve loan.

Tapi kalau korang seorang yang beragama islam tidak perlukah kamu membayar zakat daripada keuntungan ASB itu?

Aku lontarkan kepada beberapa orang. Hasilnya

1. 2.5% zakat adalah dari jumlah keuntungan ASB.

2. 2.5% zakat tidak boleh dikira daripada 200k sebab ianya dipinjam dan tak sempurna milik.

Lama aku termenung. Kesimpulan aku boleh buat ialah jauhkanlah diri dari teknik yang macam ini kerana ada unsur ketidakpastian didalamnya.

Duit dividen masuk terus kedalam akaun peminjam dan peminjam terima keuntungan yang dikira daripada jumlah modal 200k. Persoalannya walaupun ianya dipinjam boleh ambil untung tapi tak boleh dikira untuk bayar zakat? dan zakat nya pula dikira daripada keuntungan dan bukan dari jumlah yang dipinjam padahal dari jumlah berkenaan la untung 14k itu dijana.

Adakah ini alasan-alasan untuk memanipulasi supaya tak perlu bayar zakat?  logiknya untung 14k kalau tolak zakat 2.5% atau pun 5k memang tak cukup kalau nak bayar loan kena topup 5k lagi.

Kalau korang, korang pilih mana?

Comments